• JOM BERTARANNUM SEMPENA CUTI SEKOLAH

    Untuk musim cuti sekolah tahun ini, PUPAQSI menjemput adik-adik belajar bertarannum bersama Juara Qari Negeri Selangor 2012 di Taman Melawati Kuala Lumpur.

    poster_from_postermywall

     

    Kelas akan diadakan pada setiap Sabtu bermula 15 Nov 2014 pada jam 11.30 – 1.30 petang selama 16 minggu.

    Hubungi 019-2202327 (Ustaz Zaid) untuk info lanjut.

    Pengertian Tarannum Al-Quran

    Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu tarannum yang membawa maksud berdendang atau menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula menyatakan bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini ialah rannama, yurannimu, tarnim yang membawa maksud “intonation, modulation, recital, chanting, singing and humming” iaitu yang merangkumi maksud intonasi, nyanyian dan bacaan yang baik.
    Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses Nada, Rentak dan Irama tertentu.
    Nada adalah tingkatan atau tekanan bunyi suara.
    Rentak adalah pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.
    Irama adalah alunan atau bentuk bunyi.
    Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh RasuluLlah SAW. Sabda Baginda:
    ما أذن الله لشىء ما أذن لنبى حسن الترنم بالقرأن.
    (رواه البخارى)
    Maksudnya: “Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”.
    Sejarah Tarannum
    Rasulullah s.a.w. menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang elok serta diperindahkan lagi (tazyin / tarannum). Kemudian terdapat beberapa orang sahabat yang masyhur sebagai qari-qari yang baik antaranya Abdullah bin Mas’ud RA, Abu Musa Asy’ari dan ramai lagi.
    Kemudian pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah bin Qis di Kufah (Tahun 62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari ini.
    Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (sima’i), maka Jumhur qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu Rasulullah s.a.w. itu. Ketika zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat berkembang serta mempunyai berbagai aliran (mazhab). Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga membangun serta mempunyai berbagai aliran yang popular antaranya: Misri (Mesir).Hijazi (Mekah dan Madinah), Iraqi, Kurdi (sempadan Iraq dan Turki), ‘Ajami (Iran) dan lain-lain. Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri. Qari-qari Mesir yang muktabar telah mengambil dan mengubah suai tarannum-tarannum atau lebih mereka sebutkan sebagai ilmu maqamat itu dari aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka serta mengarabkannya untuk bacaan Al-Quran.
    Hukum Umum Bertarannum
    Berdasarkan kaedah fiqhiyyah serta pandangan alim-ulama, bolehlah kita fahami bahawa hukum bertarannum adalah seperti berikut;
    1. Fardhu (kifayah) : jika hanya dengan berlagu dapat mengajak masyarakat ingin mendekati Al-Quran.
    2. Sunat : jika dengan berlagu boleh membantu kesempurnaan hati.
    3. Harus : untuk mengambil keseronokan mendengar alunan yang indah.
    4. Makruh : jika dengan berlagu tiada langsung kebaikan keagamaan diperolehi.
    5. Haram : jika mahu menunjuk-nunjuk kepada orang yang mendengar atau riyak atau ujub. Atau jika merosakkan hukum-hukum tajwid, meniru-niru lagu keagamaan lain, meniru-niru lagu penyanyi-penyanyi yang hanya melekakan dan lain-lain.
    Sabda Rasulullah s.a.w.:
    اقرؤوا القرأن بلحون العرب وأصواتها، وإياكم ولحون أهل الكتابين وأهل الفسق، فإنه سيجئ بعدي قوم يرجعون بالقرأن ترجيع الغناء والرهبانيةوالنوح. لا يجاوز حناجزهم مفتونة قلوبهم وقلوب من يعجبهم شأنهم.
    (رواه الطبرني والبيهق)
    Maksudnya: “Bacalah al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah Arab dan jangan sekali-kali menbaca dengan lagu dan suara yang berlahjah keYahudian atau keNasranian. Demikian juga lagu-lagu ahli fasik/penyanyi (Biduan dan Biduanita). Maka sesungguhnya sepeninggalanku nanti, akan muncul satu golongan yang sengaja membaca al-Quran dengan lagu-lagu yang dipopularkan sebagai nyanyian penghibur, pendeta dan perintih yang tiada melampaui khalkum mereka, hati mereka sudah terfitnah, apa lagi hati mereka yang mengkaguminya”.
    Kata Ibnu Kathir: “Bahawasanya (berlagu) yang dikehendaki mengikut hukum syarak hanyalah mengelokkan suara yang menimbulkan rasa penghayatan (tadabbur), kefahaman, kekhusyukan, kerendahan hati serta memandu kearah ketaatan kepada Allah SWT.”

     

  • Kem Budi – Program Motivasi Budaya Melayu dan Warisan Islam

    Assalamualaikum,

    PosterKemBudi

    Persatuan “ WARIS ALAM” dan Majma’ Budaya dan Warisan Jawi (MAJMAK) akan menganjurkan suatu program yang menarik yang pastinya memberi manfaat kepada anak-anak serta membantu mereka daripada membuang masa melakukan aktiviti kurang berfaedah.

    Program ini dikenali dengan nama Kem BUDI –  “Program Motivasi Budaya Melayu dan Warisan Islam” – MEMBANGUN BUDAYA DALAM DIRI memberikan kelainan kepada para peserta yang menyertainya kerana program ini memberikan pendedahan dan kefahaman untuk mengekalkan warisan budaya melayu seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Para peserta akan diajar mengikat sampin dan tanjak, silat tari, senaman melayu, berkompang, mengenali herba, seni binaan rumah melayu. Selain itu juga aktiviti para peserta akan disulam  dengan slot pemerkasaan ibadah seperti solat dan memahami konsep doa.

    Pengamalan sunnah rasul juga tidak diketepikan di mana peserta akan berpeluang mengikuti kursus asas berenang ‘cara kampung’ malahan aktiviti riadah pula menggunakan permainan-permainan tradisional seperti konda kondi, galah panjang, congkak dan lain-lain lagi. Para peserta juga mengalami saat-saat hidup cara kampung seperti penggunaan jamung, kertuk bahkan juga diajar bagaimana menyemat atap rumah menggunakan daun rumbia atau nipah.

    PELBAGAI AKTIVITI MENARIK :
    01.  Senaman Melayu
    02.  Asas Silat Tari Pengantin
    03.  Ikatan Tanjak dan Sampin Melayu
    04.  Irama Kompang
    05.  Permainan tradisional
    06.  Ibadah Solat dan Penghayatan Doa dalam kehidupan
    07.  Seni rumah melayu dan mengayam atap nipah
    08.  Kemahiran Seni dan Melukis lanskap
    09. Mengenali herba dan pokok kayu hutan
    10. Belajar berenang cara kampung
    12. Menghargai Jasa dan Budi ayah Ibu
    13. Motivasi Kemahiran belajar dan Kecemerlangan
    14. Erti berpasukan dan bermasyarakat

    dan banyak lagi.

    TARIKH KEM

    SESSI 1 – 16-20 November 2014  (check in 10.30 pagi)
    SESSI 2 – 07-11 Disember 2014 (check in 10.30 pagi)

    LOKASI KEM :    Lembah Warisan, Pdg. Rengas, K.Kangsar, Perak D.Ridzuan.

    UMUR     :    11 – 17 Tahun Lelaki & Perempuan.

    YURAN :

    RM 420.00 sahaja

    CARA PENYERTAAN :
    1. PM nama penuh anak, jantina dan umur menggunakan SMS atau WhatsApp

    ke nombor 019-2202327 atau 019-2535279 

    atau Email ke pupaqsi@gmail.com

    atau mendaftar online di   kembudi.blogspot.com 

    atau muat turun dan email borang penyertaan ke pupaqsi@gmail.com.

    2. Bank in yuran penyertaan selewat-lewatnya sebelum 06/11/2014 atau tempat anak tuan/puan akan diberi kepada peserta dalam waiting list.

     BAYARAN ANSURAN BOLEH DITERIMA (RM250) UNTUK PEMBAYARAN PERTAMA SEMASA PENDAFTARAN  DAN KEDUA DENGAN POST DATED CHEQUE (RM 170).

    MAKLUMAT LANJUT

    1. Aturcara Kem di sini.

    2. Borang Penyertaaan boleh di muat turun di  sini.

    3. Senarai Keperluan yang perlu dibawa di sini.

  • KEM CUTI SEKOLAH NOVEMBER-DISEMBER 2013

    AYUH DAFTAR SEKARANG!!!

    PIHAK PUPAQSI AKAN MENGAJURKAN PELBAGAI KEM CUTI SEKOLAH UNTUK ANAK-ANAK ANDA ANTARANYA :-

    1.    KEM AKU BOLEH CEMERLANG

    (PENGISIAN/MODUL : PEMANTAPAN SAHSIAH/SMART STUDY/ SMART SOLAT/HAFALAN JUZU AM-MAR/PRESENTION DAN LDK/ADVENTUROUS ACTIVITIES)

    2.    SMART IBADAH CAMP

    (PENGISIAN/MODUL : KURSUS SEMBELIHAN/IBADAH SIMULASI UMRAH/IMAM DAN BILAL MUDA/PEMANTAPAN SAHSIAH/ SMART SOLAT/HAFALAN JUZU AM-MAR/PRESENTION DAN LDK /ADVENTUROUS ACTIVITIES)

    3.    KEM TAHIFZ AL-QURAN DAN KEM CELIK AL-QURAN

    (PENGISIAN/MODUL : KURSUS TAJWID/HAFALAN SURAH YASSIN, ALMULK, AL IMRAN DLL /PEMANTAPAN SAHSIAH/SMART STUDY/ IMAM DAN BILAL MUDA /SMART SOLAT/HAFALAN JUZU AM-MAR/PRESENTION DAN LDK/ ADVENTUROUS ACTIVITIES)

    SESI DAN TARIKH :

    KEM AKU BOLEH CEMERLANG (5H 4M)

    SESI 1 (17 NOV -21 NOV)

    SESI 2 (24 NOV – 28 NOV)

    SESI 3 (1DIS – 5DIS)

    SESI 4  (8DIS- 12 DIS)

    SESI 5  (15 DIS – 19DIS)

    SMART IBADAH CAMP (5H 4M)

    SESI 1 (17 NOV -21 NOV)

    SESI 2 (24 NOV – 28 NOV)

    SESI 3 (1DIS – 5DIS)

    SESI 4  (8DIS- 12 DIS)

    SESI 5  (15 DIS – 19DIS)

    KEM TAHFIZ DAN CELIK AL-QURAN

    1 BULAN :17 NOV – 15 DIS

    2 MINGGU :17 NOV – 30 NOV

    :1 DIS – 14 DIS

    BERMINAT!

    HUBUNGI :USTAZ ZAID 019-220 2327/03-41617219

    BAYARAN KEM AKU BOLEH CEMERLANG DAN SMART IBADAH CAMP

    1 ORG RM420, 2 ORG KE ATAS RM400 SEORANG (5H 4M)

    BAYARAN KEM TAHFIZ DAN CELIK AL-QURAN

    1 ORG RM 2000, 2 ORG KE ATAS RM1900 SEORANG (SEBULAN)

    1 ORG RM 1000, 2 ORG KE ATAS RM990 SEORANG (2MINGGU)

    BERTEMPAT
    KEM AN-NAIM, BATU 14, HULU LANGAT SELANGOR

    CARA PENDAFTARAN?

    Layarai pupaqsi.blogspot.com/pupaqsi.com 

    PENDAFTARAN ONLINE!!!

    KEISTIMEWAAN KAMI:

    Ø  makan 6 kali sehari

    Ø  penginapan dorm/asrama

    Ø  beg fail, modul & bahan kursus

    Ø  insurans perlindungan

    Ø  kemudahan dewan/wakaf

    Ø  kemudahan aktiviti riadah.

    Ø  outdoor/team building/ikhtiar hidup/kembara alam/camp fire / rentas berhalangan/ menara kejayaan/tresure hunt/sukaneka/berkayak/aktiviti air/kolam renang

    Ø  hafazan surah lazim

    Ø  solat dhuha

    Ø  kursus kemahiran belajar (smart study)

    Ø  motivasi anak soleh

    Ø  kursus smart solat.

    Ø  kursus pemantapan akhlak

    Ø  hafazan surah-surah lazim dan terpilih

    Ø  qiamullail.

    Ø  pengajaran sunnah nabi dan akhlak serta adab muslim.

    Ø  latihan dalam kumpulan 

    *UNTUK DOWNLOAD SILA KLIK PAUTAN YANG BERKENAAN*

     

    Powered byEMF Web Form
Plugin developed by Jon Fox